Pengurusan Teratas

FREDDY CHIA
KETUA PEGAWAI TEKNOLOGI
Pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang IT. Freddy menyertai Toga Ltd. sebagai Pengurus IT pada 2016, beliau memainkan peranan penting dalam membangunkan aplikasi YIPPI. Tamat pengajian dari TAR dalam Sains Komputer & Statistik, Freddy berkemahiran dalam Analisis Sistem & Reka Bentuk dan Perancangan Pembangunan. Beliau telah ditugaskan untuk mempertingkatkan dan membangunkan kemampuan IT Toga Ltd.
MAGGIE TAY
PENGURUS KEWANGAN KUMPULAN
Dengan pengalaman lebih 10 tahun, Maggie ialah anggota pasukan peneraju yang diyakini di Toga Ltd. Beliau seorang eksekutif Pengurusan Akaun yang matang, dan dipertanggungjawabkan dengan tugas Perakaunan, Cukai dan Kewangan. Maggie tamat pengajian dari Universiti Tun Abdul Rahman (selepas ini disebut "TAR") dengan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan, major dalam Perakaunan.
TAN FEI
PENGURUS PEMBANGUNAN PERNIAGAAN
Tamat pengajian dari Universiti Multimedia dengan ijazah dalam Perbankan & Kewangan, Tan Fei bertanggungjawab untuk Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan. Sebelum menyertai Toga Ltd., beliau bekerja dengan Royal Bank of Canada dalam Perdagangan dan Penyelesaian.
TAN YEE LING
PENGURUS KORPORAT
Tamat pengajian dari Chinese University of Hong Kong dengan Ijazah Sarjana Seni, Eileen bertanggungjawab ke atas Perundangan dan Komplians; Pentadbiran Korporat dan Tadbir Urus Risiko di Toga Ltd.. Sebelum menyertai Toga Ltd., Eileen adalah Pengarah Sumber Manusia di sebuah institusi pendidikan yang terkenal.
PINKY PANG
PEGAWAI PENGELUARAN MEDIA
Pengalaman lebih 10 tahun dalam Reka Bentuk Kreatif. Pinky bertanggungjawab membangunkan konsep, grafik dan susun letak dengan pasukannya. Beliau berkemahiran dalam pengarahan seni, reka bentuk visual, strategi dan identiti jenama, reka bentuk UI & UX, reka bentuk interaktif (mudah alih & sesawang) dan cetakan. Pinky memiliki Diploma dalam Reka Bentuk Multimedia dari Kolej Multimedia In-House.